Search This Blog

Thursday, 30 June 2011

HOT MAMA

Semalam mama menjadi seorang ibu yang SAAAAAAANGAT HOOOOT, very the very hot one.
Kenapa, apa sebabnya yang telah menyebabkan mama menjadi seorang yang hot?
Inilah sebab-sebabnya;

1)MAMA HOT sebab kejut pagi-pagi macam biasa suruh pegi sekolah, tapi Adleen bagi alasan kaki sakit sebab semalam turun swimming. Babah pon cakap orait takyah gi skolah, mama tambah hot. Kalau Adleen x gi skolah maknanya Khalis pon takkan gi skolah. Lagi lah mama hot, dahlah semalam Khalis buat perangai, sampai dah lewat nak gi sekolah.

2)MAMA HOT sebab sehari sebelum tu babah janji nak pegi pasar, tapi babah tido balik lepas semayang subuh, pastu bangun dah lewat nak gi keje plak, langsung x gi pasar, sebab nak pujuk mama yang hot, babah beli lauk je.

3)Mama hot sebab makan udang masak lemak cili padi yang babah beli. Memang berdesing telinga, berpeluh dahi, meleleh air mata masa mama makan. Pedas tahap gaban ni mama cakap. Nasib baik babah warning awal-awal jangan bagi kami makan. Boleh membunuh dia punya tahap kepedasan tuh, tapi sebab x nak membazir, mama makan jugak.

4) MAMA HOT sebab kami guna internet dari pagi sampai petang. xde buat benda lain.Khalis kalau dah main internet jangan la sape kacau, memang dia naik hantu. MAMA HOT sebab Adam langsung tak buat latihan Upsr, rilek je macam budak darjah satu, Mama plak yang terlebih risau.

5)MAMA HOT sebab bila petang, Adam ngan Khalis turun swimming, Adleen nak turun jugak, memang buat mama hot. Suruh gi sekolah kata sakit kaki, tapi bila nak main hilang sume sakit, nampak sangat macam budak malas nak gi sekolah kan.

6)MAMA HOT sebab Adam ngan Khalis berlari kat tepi swimming pool, pas tu siap main taekwando bagai. Mama dah banyak kali warning jangan berlari kat swimming pool, kalau nak lari pegi la padang , nak jadi ahli pecut pon boleh. Khalis banyak kali dah tergelincir sebab licin, memang cari naas. Adleen jadi tukang repot la kan sebab x leh turun.

7)MAMA HOT sebab Adam x nak turun semayang jemaah kat surau time Maghrib, alasan dia kaki sakit, terkopek masa swimming tadi. Alasan je tu. MAMA HOT jugak sebab Adleen malas semayang Maghrib. .MAMA HOT lagi bila Khalis malas mengaji. Yang MAMA PALING HOT bila ada kawan Adam datang lepas MAghrib sebab nak ajak main kat taman. Yang ni memang x dapek nak nolong, memang x boleh le jawapnya.

MAMA yang dah HOT sepanjang hari sangat tensen kerana kerenah2 kami. Nasib baik x de sape kena makan rotan ari ni, kalau tidak mama memang ada kuasa veto untuk merotan sape-sape yang berkenaan.. . Kat rumah kami ada dua rotan, satu besar satu nipis, kena x kena bergantung kepada kebijaksanaan kami atau kepantasan kami ketika memecut. Tengok nasib badan ler. Ada hari kena ada hari x kena.

Disebabkan MAMA tersangat HOT hari ni, lepas Maghrib je, mama tutup sume lampu dan sume orang kena tido.

Tuesday, 28 June 2011

family day at Sunway Lagoon

Sape yang pernah pegi Sunway lagoon angkat tangan.
Sape yang x pernah pegi Sunway Lagoon angkat kaki,
ada x sape2 yang angkat kaki? Jom gelakkan dia ramei-ramei

Sebenarnya, family day ni acara taon lepas, tp budak baru belajar buat blog ni eksaited x tentu pasal, cerita jaman pak kaduk pon die nak citer, hihiihi.Family day tu acara untuk omak ayah yang keje tv3, kami anak anak ni ngikut jer, kamikan anak2 yang toat.

Kalo orang pegi kat tempat yang banyak air, apa orang buat eh. Cuba fikir jap , gunakan iq korang yang cerdas dan bijak pandai tu. Mesti le main air dan mandi dan berenang sampai tak ingat dunia kan . Kami pon ape lagi, dengan gelojoh dan x sabarnye nak mengecutkan diri kami di dalam air. Kami ni antara orang yang terlebih eksaited nak main air, jadi kami le antara orang terawal sampai. Gate pon x bukak lagi, melangut la kat gate tu tunggu orang bukak. Dalam hal ni kami x bersalah, nampak sangat babah yang over eksaited nak .sampai.



kami kan orang terawal, time orang x ramai lagi
pondok tempat kami bersidang


kalau x silap yang jadi pengacara hari tu ialah aidid marcelo, yang pompuan tu sape tah. Banyak acara hari tu, tapi adleen x ambik tau pon ,Adleen ngan Khalis mandi pastu main pasir. Adam x tau lah buat apa.
Dengar je lah ada orang menyanyi bagai, ada acara rebut bola, main tarik tali dan bagai ape lagi tah.Babah main tarik tali pastu dapat le hadiah beg tv3. Ada cabutan nombor bertuah menang blackberry, ada peti ais, ada dapat gi melancong. Sape le yang dapat tu.

mak bapak rebut bola, anak2 rebut belon, ada hadiah kat dalam tu


kenal x sape ni, sumpah adleen x kenal

Dah masuk tengahari kami lunch ramai-ramai. Apa yer nasi ayam ke ,nasi beriani, lupa dah, tapi bolehla ala-ala nak idup sampai petang kan . dahla masuk free, makan free, ok latu. Dah tengahari ni ramai dah orang datang. Time ni jugak le minah-minah saleh tu dengan x malu nyer dia bole bentang towel , bersidai kat gigi air dengan bikini dia, pakcik-pakcik telan air liur ye. x senonoh betul, terasa macam kat Hawaii plak mama cakap. Abis tu nak buat camana, kami duduk kat beach, diaorang pon bersidai la macam kat beach. Tapi yang heran tu matahari tegak kat atas kepala dia orang selamba jer bersidai.


kami yang syok main pasir

Time tengahari mama x kasi kami mandi sebab cuaca sangat panas, jadi kami meronda la jap tengok apa yang kami bole buat. Oooo, rupanya ada orang conteng muka jadi macam-macam, Adleen pon try la.

baru sebelah siap
inilah hasilnya
bersama tukang conteng

gambar tu tak de lama mane nye , sebab lepas tu, adleen kecebur dalam air, hilang la sume tu, dia guna kaler air kot.Mama plak lukis kartun, bukan mama yang lukis tapi orang lain lukis mama jadi kartun, kelakar.
ini mama tengah jadi model ke ape tah
ini mama yang bertukar jadi kartun

Wednesday, 22 June 2011

kampung kemensah

Ni pintu masuk kat kawasan chalet


Ari ni baru sempat buat post baru. Ari sabtu lepas ayah mie n family datang rumah. MUla mula kata nak datang ari Jumaat, tunggu punya tunggu, x sampai-sampai pon. Tau-tau ari sabtu baru datang, pukul 12 tengahari baru sampai. Lepas abis lunch si alisya x sabar-sabar nak turun swimming, tapi mama x kasi, sebabnya cuaca panas lagi, mana ada orang mandi pukul 2. Alisya awal-awal dah siap pakai baju mandi dia. sian budak ni excited nak mandi, dua jam dia pakai baju tu. Selalu main sorang, kali ni boleh la buli budak kecik.

  Sebab dah beribu kali alisya cakap "nak baci", pukul 4 mama kasi turun. Apalagi sume cepat-cepat la turun, tapi  bukan lama pon mandi, sekejap jer, janji bagi budak tu dapat berendam dalam air.


  Malamnya tak tau pukul berapa tertido, tapi alisya tido ngan babah, heran tuh. Adleen dah siap-siap nak pergi mandi air terjun besok nih. Excitednya budak ni.

  Pagi-pagi kami sume dah bangun, siap-siap mandi sume. Babah cakap kita bekfes kat tepi sungai jer. Mama dah sediakan sandwich nak berkelah kat sana. Kami sampai kat sana dalam pukul 10 pagi, ok la tu x sejuk sangat dah nak berendam dalam sungai. Rupa-rupanya tempat tu dekat ngan zoo negara jer. Orang lain pergi zoo, kami pergi air terjun.

  Sampai kat sana kami dapat sebuah pondok kecik untuk letak barang dan makanan. Tempat tu ok la, bersih dan tenang je. Masa tu orang x ramai pon, ada dua tiga orang jer. Sebelum menerjunkan diri kedalam air, mesti la soru dulu. Nnti kebulur plak kang. So, kami makan nasi lemak, sandwich sama-sama. Duduk kejap, sapu rumah jap, apalagi kita sama-sama menceburkan diri ke dalam air lah. Sujuk sangat-sangat, tapi kalu dah antu air tu, ada aku kesah. Budak-budak jer mandi, yang  bukan bukan budak-budak (a.k.a. moms and dads) duduk-duduk le la kat pondok tu.

sedang tunjuk arah monyet datang

  Nak jadi cerita yang suspens, tiba -tiba jer datang dua ekor monyet yang pro. Sekor datang dulu mengacau cekni, bila cekni dah terkejut, lagi sekor datang curi kuih, dan cepat-cepat bawa lari atas pokok. WOW!!!
memang betul-betul pro monyet peragut nih, dapat le kuih donut sebungkus jadi habuan. ORANG TAMAK SELALU RUGI monyet tu macam tu lah, Dengan suka gumbiranya dia berlari, bergayut setelah berjaya meragut, sampai x nak share ngan member lain,  tau, tau plastik dah terkoyak, apalagi bertabur donut tu jatuh dalam air. Nasib dia baik sebab x jatuh sume, jadi adala rezki dia lagi dua biji agaknya.
  
nampak x, nampak x monyet peragut tu

  Kitaorang x kira apa, mandi, brendam,mandi,berendam.Orang kat depan umah kami siap buat barbeku lagi, rugi plak x bawak sosej ke, ayam ker. Yang kita ni telan asap jelah. Kami makan sandwich ngan kopok ngan roti ngan aiskrim, tu jer.


me and budak kena buli i.e Alia     



kat atas tu kolam, kat bawah ni sungai

dah masuk dalam kolam, air x de dalam sangat pon

orang kat rumah depan tu la buat bbq, tapi x ajak kite pon. Time ni diaorang tgh mandi kat kolam lain

the boys and the girls were having goooood time

the boys yang menikmati air terjun

  Dah dekat tengahari, orang makin ramai. Ada yang sambut hari bapa ngan family kat sini, riuh la plak. Tengah syok mandi, ada la plak orang menangis sambil terhincut-hincut, rupanya Shahiran dah terjatuh dan berdarah sebab pergi main kat kolam dewasa. Tu lah sape suruh berlari. Pas tu dah x boleh mandi lagi, Orang x dengar kata selalu rugi kan, kan ,kan,

nampak x asap kemenyan ? x, sebenonye itu asap orang buat bbq

ini sume bukan 'antu air', jadi x basah pon

  Pukul dua petang kami sume kena balik sebab babah keje ari ni. Ayah mie plak terus balik ke Temerloh. See u Alia, nnti kita jumpa lagi.

Wednesday, 15 June 2011

lawatan ke Melaka

Ini lawatan tahun lepas dengan budak-budak Qurani. Lawatan ni selama 3 hari 2 malam, sume Qurani yang sponser. Jadi, kita enjoy.Kami pergi satu keluarga. Ustaz Iqbal dan ustaz Suhaimi pon pergi satu keluarga jugak.
  Hari Sabtu bertolak ke Melaka dengan menaiki baas Kiffah travel & tours. Bas ni memang cantik dan selesa. Kami sume memang dah over excited nak pergi Melaka nih, walaupon Adleen selalu balik Melaka, tapi kali ni rasa seronak sangat. Kat Melaka nanti, babah yang jadi tourist guide. Iya ker?
  Kami sampai kat Melaka dah tengahari, jadi sume masuk bilik dulu, makan tengahari jugak la kan.Kami tinggal kat Straitsview Lodge aka rumah nenek Saerah. Budak perempuan satu bilik, budak lelaki satu bilik, pastu orang dewasa dapat bilik masing-masing. Yang bestnya Straitsview Lodge ni kat depan laut, jadi angin sentiasa kuat.


masa baru sampai kat chalet

  Tempat pertama yang kami pergi ialah Makam Hang Tuah. Selalu kalau pergi Melaka asyik lalu lalang je tapi x pernah singgah, kali ni baru sampai. Makam tu kat tepi jalan je, senang nak cari. Baru Adleen tahu rupa-rupanya makam tu bukan kubur sebenar Hang Tuah, cuma simbolik jer, sebab takde sape tahu kat mana Hang Tuah meninggal sebenarnya. oo gitu, patut le kubur tu memanjang semacam. Yang ada cuma lukisan yang menunjukkan sejarah Hang Tuah dulu






kat pintu masuk kampung Morten

Kampung Morten ni kampung tradisional penduduk Melaka terletak di sepanjang sungai. Rumah-rumah kat sini sume cantik dan bersih. Tempat ni salah satu tarikan pelancong sebab river cruise melalui kampung ni.






senyum sume





  Sungai Melaka ni dulu kotor dan sangat busuk. Masa first time Adleen naik cruise dulu, masa tu baru start, ada orang nak termuntah sebab baunya sangat busuk. Nasib baik sekarang dah ok. Abis cruise kami sume balik ke chalet, dinner pas tu tido.


  Esok pagi, kami exercise kat tepi pantai, dan buat sukaneka. Tegah syok bersukan, hujan turun dengan lebat yang teramat. Terpaksa pindah kat bawah porch.






propsmasters




yo, kita baling, tapi satu pon x kena





Habis bersukan, sume mandi dulu, pastu bersiap, lunch, solat, pastu kuar lagi. kali ni kami sume pergi ke Studthuys dan a Famosa yang terkenal. Hari Ahad ramai sangat orang.kat Melaka ni banyak muzium, larat ngan x larat jer nak jalan. Masuk tempat -tempat tu jelah, nak pergi, masalah keselamatan plak sebab orang ramai.




kat depan Studthuys


kat A Famosa




















makan time




naik Melaka tower, ni second time tau


kat bawah melaka tower

nak balik dah ni, huhu syahdunya




orang yang bertungkus lumus buat kami selesa, tqvm






pemandangan depan chalet, seberang jalan je laut


cerita ni blom abis ni, rasa nak termuntah plak asyik upload gambar, kita sambung lain kali, pai pai.