Search This Blog

Tuesday, 14 June 2011

Port Dickson

  Ini cerita bulan Disember tahun lepas, tapi masa tu belum buat blog, jadi kite cerite skarang, ha ha.Babah ada meeting union kat Port dickson, tapi yang best nya bole bawak family, kitaorang pon tumpang excited lah.Tapi babah memang hyper excited dan super menggelabah (I love you, bah), nak tahu kenapa kena terus baca.
  Pagi tu kami keluar dari rumah pukul 9 pagi, pergi bekfes lu kan. pastu baru bertolak pergi Port Dickson. X delah jauh mana, sampai kat Sri Pena dalam kul 11 lebe kurang. Dengan excitednya babah pon pergi lah kat kaunter nak tanya kul brapa leh check in. Orang kat kaunter tu cakap "pukul 4 baru bole check in incek".
Aduh, babah ni dia x tengok betul -betul  time check in. Apa kami nak buat, apa kami nak buat, takkan nak duduk melopong kat lobi tu pandang dinding, pandang akuarium yang takdak ikan. Kami kan kanak-kanak yang takleh dok diam.
  Last-last babah ajak gi jalan-jalan kat tepi laut dulu. Kat belakang Sri pena jer. Kami sume pon debgan manja dan lemah gemalai nya bercatwalk kat pantai Port Dickson. Time tu orang blum ramai .Orang meniaga baru nak buka kedai. Kami jalan-jalan sambil makan aiskrim dan tah ape- ape bende lagi. Dah rasa boring kat tepi pantai, kami pegi makan lu. nasib baik ada kedai makan yang dekat. Time ni kawan-kawan babah yang lain pon dah sampai, sume lom check in lagi.
  Abih makan balik ke Sri Pena, berlarian kejap, keliling pool jap, pukul 3.30 baru dapat bilik. Kami dapat yang ada 2 bilik. Tapi bilik air x de air panas.Kami dapat tingkat 2 jadi boleh nampak laut. Ada yang siap bawak cooker, lauk pauk bagai kat dalam bilik ha. sape yang dapat bilik bawah , siap berkelah, nak makan tarik sliding jer.

dari bilik kami





  Sementara meeting in action, kami kanak-kanak pon in action jugak lo


satu kolam kecik ,satu lagi besar, kat belakang tu laut





kalau rasa nak mandi laut, pergi je kat belakang SriPena. Ada macam-macam. Main banana bot, jetski, macam-macamlah.pastu terjun kat pool balik, yahuuu.

kat dalam Sri Pena ada taman permainan

kanak-kanak aktif dan gumbira
Dah abis sesi swimming, main pasir, main taman. Sebelah malam ,dinner time. Kami pegi makan seafood. Babah orde ikan siakap tiga rasa, tomyam, kailan, udang celup tepong. sedap hingga menjilat jari sume. Abih makan, balik bilik dan nitey,nitey. Babah sambung meeting.
  Bangun pagi,gosok gigi, cuci muka dan mandi. siap-siap ada bekfes kat bawah. Ada bihun goreng, sosej, karipap, apalagi, x ingatlah. abis bekfes babah meeting lagi, kami mandi lagi, yahooo.Hari ni dah dapat kawan baru, tapi x ingat dah nama dia






Minta maaf ye xde bende lain yang adleen buat, cuma, swimming, main pasir, mandi laut, makan, swimming lagi, main pasir lagi, mandi laut lagi dan makan. hahahaha

Adam & the geng

Sebelah malam ada bbq seafood. ada udang ,ketam, sotong, ayam pon ada. ada nasi goreng jugak, Tukang masaknya orang2 meeting jugak 2+1. 





selamat makan moga sume selamat


Lepas makan anak-anak tido. Bapa-bapa dan ibu-ibu sambung meeting. Esok dah nak balik.



Bekfes time dulu.




my happy family
 Murah rezki tahun ni harapnye ade lagi.

No comments:

Post a Comment