Search This Blog

Wednesday, 22 June 2011

kampung kemensah

Ni pintu masuk kat kawasan chalet


Ari ni baru sempat buat post baru. Ari sabtu lepas ayah mie n family datang rumah. MUla mula kata nak datang ari Jumaat, tunggu punya tunggu, x sampai-sampai pon. Tau-tau ari sabtu baru datang, pukul 12 tengahari baru sampai. Lepas abis lunch si alisya x sabar-sabar nak turun swimming, tapi mama x kasi, sebabnya cuaca panas lagi, mana ada orang mandi pukul 2. Alisya awal-awal dah siap pakai baju mandi dia. sian budak ni excited nak mandi, dua jam dia pakai baju tu. Selalu main sorang, kali ni boleh la buli budak kecik.

  Sebab dah beribu kali alisya cakap "nak baci", pukul 4 mama kasi turun. Apalagi sume cepat-cepat la turun, tapi  bukan lama pon mandi, sekejap jer, janji bagi budak tu dapat berendam dalam air.


  Malamnya tak tau pukul berapa tertido, tapi alisya tido ngan babah, heran tuh. Adleen dah siap-siap nak pergi mandi air terjun besok nih. Excitednya budak ni.

  Pagi-pagi kami sume dah bangun, siap-siap mandi sume. Babah cakap kita bekfes kat tepi sungai jer. Mama dah sediakan sandwich nak berkelah kat sana. Kami sampai kat sana dalam pukul 10 pagi, ok la tu x sejuk sangat dah nak berendam dalam sungai. Rupa-rupanya tempat tu dekat ngan zoo negara jer. Orang lain pergi zoo, kami pergi air terjun.

  Sampai kat sana kami dapat sebuah pondok kecik untuk letak barang dan makanan. Tempat tu ok la, bersih dan tenang je. Masa tu orang x ramai pon, ada dua tiga orang jer. Sebelum menerjunkan diri kedalam air, mesti la soru dulu. Nnti kebulur plak kang. So, kami makan nasi lemak, sandwich sama-sama. Duduk kejap, sapu rumah jap, apalagi kita sama-sama menceburkan diri ke dalam air lah. Sujuk sangat-sangat, tapi kalu dah antu air tu, ada aku kesah. Budak-budak jer mandi, yang  bukan bukan budak-budak (a.k.a. moms and dads) duduk-duduk le la kat pondok tu.

sedang tunjuk arah monyet datang

  Nak jadi cerita yang suspens, tiba -tiba jer datang dua ekor monyet yang pro. Sekor datang dulu mengacau cekni, bila cekni dah terkejut, lagi sekor datang curi kuih, dan cepat-cepat bawa lari atas pokok. WOW!!!
memang betul-betul pro monyet peragut nih, dapat le kuih donut sebungkus jadi habuan. ORANG TAMAK SELALU RUGI monyet tu macam tu lah, Dengan suka gumbiranya dia berlari, bergayut setelah berjaya meragut, sampai x nak share ngan member lain,  tau, tau plastik dah terkoyak, apalagi bertabur donut tu jatuh dalam air. Nasib dia baik sebab x jatuh sume, jadi adala rezki dia lagi dua biji agaknya.
  
nampak x, nampak x monyet peragut tu

  Kitaorang x kira apa, mandi, brendam,mandi,berendam.Orang kat depan umah kami siap buat barbeku lagi, rugi plak x bawak sosej ke, ayam ker. Yang kita ni telan asap jelah. Kami makan sandwich ngan kopok ngan roti ngan aiskrim, tu jer.


me and budak kena buli i.e Alia     



kat atas tu kolam, kat bawah ni sungai

dah masuk dalam kolam, air x de dalam sangat pon

orang kat rumah depan tu la buat bbq, tapi x ajak kite pon. Time ni diaorang tgh mandi kat kolam lain

the boys and the girls were having goooood time

the boys yang menikmati air terjun

  Dah dekat tengahari, orang makin ramai. Ada yang sambut hari bapa ngan family kat sini, riuh la plak. Tengah syok mandi, ada la plak orang menangis sambil terhincut-hincut, rupanya Shahiran dah terjatuh dan berdarah sebab pergi main kat kolam dewasa. Tu lah sape suruh berlari. Pas tu dah x boleh mandi lagi, Orang x dengar kata selalu rugi kan, kan ,kan,

nampak x asap kemenyan ? x, sebenonye itu asap orang buat bbq

ini sume bukan 'antu air', jadi x basah pon

  Pukul dua petang kami sume kena balik sebab babah keje ari ni. Ayah mie plak terus balik ke Temerloh. See u Alia, nnti kita jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment