Search This Blog

Sunday, 31 July 2011

makanan turki

Adleen n family skarang suka sangat makan satu bende ni, tak tahulah ape namenye. Sebelum ni tak pernah makan dan tak penah jumpa, tapi bila sekali rase, memang takleh lupa.

Tak tahulah kat tempat lain ada ke takde bende ni, sebab setakat ni kedai runcit dekt rumah jer ade. Disebabkan kami suka sangat ngan bende ni, babah beli banyak-banyak buat stok. Besok dah stat puasa, jadi kena lah makan puas-puas ari ni.

kat plastik tu tulis kat kat kat, tu jelah tau yang lain semua tak tau apa dia tulis

macam ni rupa isinya, sape kencing manis tu susah la sikit

Friday, 22 July 2011

hari sukan

Hari Ahad lepas sekolah adleen buat hari sukan. Penat lagi sebab semalam pergi Floria, pastu pegi kenduri kat rumah nenek. Balik rumah dah pukul 10 malam. Hari ni pagi-pagi dah kena bangun. Mula-mula Khalis x nak gi sekolah tapi mama paksa jugak.
Adleen rumah hijau , Khalis rumah kuning. Adleen masuk acara lari tiga kaki, Khalis main baling bola masuk bakul. Yang lain banyak acara lumba lari.

rumah hijau

geng rumah hijau
Khalis rumah kuning
inilah lumba lari tiga kaki
ini partner Adleen
Yea, Adleen dapat nombor satu. Khalis plak dapat nombor tiga, tapi dua-dua tak dapat medal lagi sebab cikgu tak jumpa medal. huhu cian kami.

Thursday, 21 July 2011

floria lagi

oh putera katak
Semalam dah pergi, hari ni pergi lagi sebab tak abis tawaf lagi. Lepas hantar Adam pegi sekolah ,terus pergi Putrajaya. Nasib baik dapat parking dekat sebab time tu pukul 9.30 orang tak ramai lagi. Yang dah ada kat situ nampak macam rombongan sekolah jer. Hari ni kita pergi flora pavillion plak sebab semalam  x pergi lagi.


selautan bunga kekwa



cantik  


bunga ros tergantung
gubahan bunga ros yang cantik sampai rasa macam nak curik
taman hiasan
lagi rose yang cantik
ini antara taman tercantik dan dapat hadiah

Khalis sempat masuk pertandingan mewarna. dapat hadiah gelas ikea dua biji


Best dapat jalan2 kat taman cantik macam ni. Tahun depan nak datang lagi dan lagi dan lagi.

rupenye inilah bunga yang orang guna buat air tu


pesta floria

Hari Jumaat lepas Adleen n family pergi pesta floria kat Putrajaya. Tengok banyak bunga yang cantik2. Macam best je kalau dapat tengok bunga yang banyak macam tu hari2. Masa tu orang x berapa ramai, jadi memang best nak jalan2 and posing2.

buai laju laju

bunga kekwa
bestkan kalau ada taman secantik ni
tah bunga apa ni
ini pon kekwa kot
mama suka bunga ni
tema tahun ni 'mawar selamanya'
cantikkan bunganya
orkid
lilies ni sangat wangi tapi dah rongak sikit
nampak tak macam rintik hujan tu. nice
Kami pergi dah petang dah, pastu hujan plak rintik2. Waktu malam ada pertunjukan bot berhias tapi  takyah lah nak masukkan banyak gambar kat sini.

ini antara bot  malam tu. sebenarnya ada banyak lagi

Sebelum balik sempat lagi tengok pertunjukan bunga api. dah abis bunga api, tengok magic show plak.


ada kertas keluar dari mulut dia berjela-jela

Monday, 11 July 2011

Jerebu

Hari ni jerebu lah. Patutla adleen asyik sakit tekak, Khalis plak asyik bersin tiap tiap pagi macam nak tercabut idung. Mama cakap dah dua hari jerebu, tak nampak awan pon. Patut la tak rasa panas sangat, tapi mama cakap jerebu ni tak elok untuk kesihatan sebab banyak habuk dalam udara.


Ini pemandangan dari beranda rumah. Tambah lagi kat sebelah rumah ada projek apartmen baru, lagi la menambahkan abuk.

Sunday, 10 July 2011

9 julai

Ari ni ari Sabtu tapi xde buat ape pon, bosannya. Plannya mula2 nak gi pesta flora, tapi babah kensel sebab takut jalan jem. Ari ni ada perhimpunan BERSIH jadi babah malas nak kuar gi mana-mana. Adleen ngan babah pegi kenduri cukur jambul, pastu dapat la rasa red velvet cupcake yang femes tu, tapi rasa dia biasa je, mu ngkin sebab terlebih manis.

Semalam pegi klinik lagi sebab telinga Adleen sakit sangat. Bila doktor check ada bengkak sikit,tak tahu kenapa tapi mungkin sebab ada air kat dalam telinga kot sebab suka sangat swimming. Dapat ubat demam, batuk, ubat titik telinga, dan antibio.  Tak tahu kenapa dok bagi banyak sangat ubat.

Sampai kat umah babah suruh makan ubat, tapi mama x kasi makan antibio. Bulan ni saja rasanya dah 2 botol antibio yang Adleen dah abiskan , sebab tu mama cakap jangan makn lagi ab. Babah cakap mama lagi pandai dari doktor.

Sehari ari ni tengok tv je la , babh  nak tengok ape jadi kat kl. Tah ape kecoh sangat diaorang ni, tak tau la. Babah pon sama sibuk macam reporter gak, kecoh. Kat dalam tv ada reporter, kat luar tv pon ada reporter. Tengah syok2 tengok berita, tiba2 terpandang sorang yang kami kenal keluar tv. Makcik tu nak gi rumah anak dia kat Rawang tapi tersangkut kat Gombak sebab bas x  masuk kl. Tak tahu apa jadi ngan makcik tu sebab mama cuba call, tapi x dapat. Rumah makcik tu sebelah rumah nenek kat kampung. Balik kampung nanti mesti femes.
Dah abis dah la cerita ni, nak tido.

Thursday, 7 July 2011

bertuahnya Malaysia

Bangun pagi tadi rasa macam malas jer nak gi sekolah. Tapi mama gunakan kuasa veto dia, jadi memang xde can la nampaknya. Akhirnya dengan muka macam orang tertelan jeruk mangga, pegi jugak skool. Ari ni Khalis plak orait takde masalah, dia bangun, mandi dan siap lagi awal.Tapi bagus gak gi skool ari ni sebab dapat baju sukan. Khalis lagilah eksaited walau pon lari  tak laju. kah kah kelakar budak keck nih.

Bila balik dari sekolah, sampai kat pintu jer terus tunjuk mama baju sukan. Tapi yang palinh kami hepi sebab tengok babah dah balik dari Manila. Kami terus terkam dan peluk babah, rasa rindu sangat. Babah beli baju baju dan keychain jer sebab xde masa nak jalan-jalan.

Babah cerita kat Manila ramai betul budak2 minta sedekah. Kalau bagi kat sorang abisla yang lain pon akan datang minta duit jugak, dan diaorang takkan pergi sampai dapat duit. Senangnya jangan bagi langsung. Rumah diaorang buat guna kotak dan kayu buruk je. Mama cakap pernah keluar kat tv3 dulu diaorang kutip sisa ayam kfc kat dalam tong sampah, past basuh dan di goreng semula, dan diaorang makan, ewww geli rasa tekak. Babah cakap nak jalan2 kat sana pon susah jugak sebab rasa tak selamat. Jadi dok hotel jelah. Kesian babah kena makan megi empat hari. Lunch je dapat makan makanan mamak.

Bertuah betul kita ni dok malaysia, sebab w/pon macam2 kes kat tv, tapi masih rasa selamat nak kemana-mana. Dekat Manila guard kat Mcdonald pon pakai senapang, dan sape2 nak masuk shopping kena check ngan scanner. Kalau waktu malam lagi la  selamat.

Jadi, sila lah rasa diri anda bertuah kerana  tinggal Malaysia yang aman damai nih dan rajinkan diri anda kesekolah .

Tuesday, 5 July 2011

hari sukan

ari ni ada sukan kat sekolah. Adleen rumah hijau, Khalis rumah kuning. Kami dua dua masuk lumba lari. Adleen lawan ngan lapan orang lagi budak, Nur aisyah pon ada, dan adleen dapat nombor dua. Si Khalis plak dah sikt lagi nak dapat nombor dua, tapi sebab dia berhenti sebelum sampai dekat kon,jadilah nombor tiga. Macam citer arnab nagn kura-kura lah si Khalis ni, penat jer kakaknye ni sorakkan dia, dia boleh berlenggang je bila dah dekat garisan penamat. Sayang sungguh.

Balik rumah dah penat sangat sampai tertido,. Bangun je dah petang, sempat lagi pergi main kat taman jap. Aina pon ada. Malam baru nak buat homework yang cikgu bagi bertimbun, kompem x siap malam ni dan kompem jugak kena marah ngan mama. Telinga plak rasa macam sakit, tah ada lipas ke apa tah kat kat dalam tu, sakit semacam sampai susah nak tido. Mama cakap buat alasan la tu x nak gi sekolah besok. Betul la ma, x tipu, ini betul-betul, bukan cobaan.

Tengok la macam mana besok, pegi ke skolah ke tidak, kalu ngan babah ada la can nak tuang, kalau ngan mama suseh lew.

Monday, 4 July 2011

ANTA MAAF, ANA MAAF

Adleen dah buat entry pasai arabian tu kan, yang dum dam tgh malam tu kan. Petang tadi dgn tidak terkesangkanya ada orang mentintong loceng rumah kami, maka dibukalah pintunya dan berdirilah kat depan pintu tu dua makhluk yang bukan spesis melayu dan kami x kenal. Satu besar, satu kecik, tapi dua dua rambut ketak. Dia tanya, speaking, mind you, where's father, adam cakap x de, dia tanya lagi, mother? time tu mama kat bilik baru abis solat asar. Kami pon panggil mama.

mama: yes, how can I help you
orang tu: I live upstair, I just wanna say sori bout last night bla, bla, bla bla.................

Pendek cerita, rupanya inila  mamat arab yang dok kat atas atap kami (atapku, lantaimu). Dia datang nak minta maaf sebab telah membuat babah takleh tido dan naik hangin semalam. Budak kecik tu sedara dia baru datang sebab cuti sekolah, (skool ape ek), pas tu dia main sampai kol 3 pagi dak tido lagi. Memang timing x betul budak ni.

Muka dia memang nampak betul2 iklas nk minta maaf, so maaf diterima. Dia cakap minta maaf banyak2 kat babah. Tapi babah dah pegi Manila hari ni. Sesambil tu dihulurkanlah sepinggan makanan dan sekotak kurma. Kat dalam pinggan tu ada roti Yaman, hawt lagi, fresh dari oven. oooh, orang Yaman rupenyer. Memang besau gila roti tu, ada manis-manis cam roti bom, ok lah sedap gak.

Dan budak tu pon kenalah meminta maaf dari kami, hehe. Ambik kau.

Moral of the story: Macam ni lah orang bijak pandai, bila buat salah, mesti minta maaf(jangan lupa buah tangan, buah kaki tak mau) jangan berlagak atau besar kelapa, eh kepala. Orang yang jadi mangsa pon kena pandai bertindak gak , jangan diam, nnti orang tu x tau dia dah buat salah. Bukan jadi hero, tapi berani kerana benar, wah bagus ayat nih.(Thanx mom)

Sunday, 3 July 2011

Jiran BODO

Bodo betul la arab kat atas ni, orang nak tido pon x senang. Asal kul 2 pagi jer baru la nak main guli la , nak buat jimnastik la , dum dam dum dam kat atas tu. Ari tu dah kena warning ngan babah sebab buka lagu gelek dia dari pukul 12 tgh malam sampai 2.30 pagi. Bergelek ke hapa tah tak tau la. BODO SUNGGOH. Nak cakap melayu dak reti, cakap omputih pon dak reti, dah kena marah, dok cakap aim sori, aim sori. Semalam pon cam tu. Tu jelah die reti, aim sori.

Ape kehe main jimnastik kul 2 pagi, x reti timing ape. Kau nak jimnastik ke plastik ke ,sonyap la sikit, tu time orang Malaysia membuta. Ini sume jenis arab x reti bahasa kurang iman la ni suka kaco dan susahkan orang. Arab ni jugak la ni yang bantai swimming dari kul 4 petang sampai kul 10 malam ari tu, caya x dia bole berendam lama gitu. Tu pon sebab lampu tu kat swimming pool padam kul 10. Kalau idak tak mau naik , tido dalam air gamak nye. Ini jenis yang atas darat dia jadi hantu, dalam air dia jadi dugong, selamba je dia bukak baju dia depan orang. Siap lipat lipat badan terjun dalam air.

KASUT HAWT

Inilah kasut baru Adleen yang hot, yang telah membuatkan babah jadi hot sebab x pasai-pasai kena beli kasut ni dan jugak buat mama jadi hot sebab kasut tu dibeli tanpa pengetahuan dia. Mama cakap macam kasut mak nenek, kalau terpeleot camana. Babah plak membebel sebab kena bayar , dah bayar baru nak membebel.
Membebek je lah 3 jam, pas tu senyap la tu, hihi.
Tu lah, lain kali kalau nak gi shopping , jangan singgah kat tempat yang mencairkan hati dan air liur. Mama dah siap bagi warning z de kasut raya untuk Adleen, pakai jelah kasut tu nnti. No hal, xde masalah, xde masalah.