Search This Blog

Monday, 4 July 2011

ANTA MAAF, ANA MAAF

Adleen dah buat entry pasai arabian tu kan, yang dum dam tgh malam tu kan. Petang tadi dgn tidak terkesangkanya ada orang mentintong loceng rumah kami, maka dibukalah pintunya dan berdirilah kat depan pintu tu dua makhluk yang bukan spesis melayu dan kami x kenal. Satu besar, satu kecik, tapi dua dua rambut ketak. Dia tanya, speaking, mind you, where's father, adam cakap x de, dia tanya lagi, mother? time tu mama kat bilik baru abis solat asar. Kami pon panggil mama.

mama: yes, how can I help you
orang tu: I live upstair, I just wanna say sori bout last night bla, bla, bla bla.................

Pendek cerita, rupanya inila  mamat arab yang dok kat atas atap kami (atapku, lantaimu). Dia datang nak minta maaf sebab telah membuat babah takleh tido dan naik hangin semalam. Budak kecik tu sedara dia baru datang sebab cuti sekolah, (skool ape ek), pas tu dia main sampai kol 3 pagi dak tido lagi. Memang timing x betul budak ni.

Muka dia memang nampak betul2 iklas nk minta maaf, so maaf diterima. Dia cakap minta maaf banyak2 kat babah. Tapi babah dah pegi Manila hari ni. Sesambil tu dihulurkanlah sepinggan makanan dan sekotak kurma. Kat dalam pinggan tu ada roti Yaman, hawt lagi, fresh dari oven. oooh, orang Yaman rupenyer. Memang besau gila roti tu, ada manis-manis cam roti bom, ok lah sedap gak.

Dan budak tu pon kenalah meminta maaf dari kami, hehe. Ambik kau.

Moral of the story: Macam ni lah orang bijak pandai, bila buat salah, mesti minta maaf(jangan lupa buah tangan, buah kaki tak mau) jangan berlagak atau besar kelapa, eh kepala. Orang yang jadi mangsa pon kena pandai bertindak gak , jangan diam, nnti orang tu x tau dia dah buat salah. Bukan jadi hero, tapi berani kerana benar, wah bagus ayat nih.(Thanx mom)

No comments:

Post a Comment