Search This Blog

Thursday, 7 July 2011

bertuahnya Malaysia

Bangun pagi tadi rasa macam malas jer nak gi sekolah. Tapi mama gunakan kuasa veto dia, jadi memang xde can la nampaknya. Akhirnya dengan muka macam orang tertelan jeruk mangga, pegi jugak skool. Ari ni Khalis plak orait takde masalah, dia bangun, mandi dan siap lagi awal.Tapi bagus gak gi skool ari ni sebab dapat baju sukan. Khalis lagilah eksaited walau pon lari  tak laju. kah kah kelakar budak keck nih.

Bila balik dari sekolah, sampai kat pintu jer terus tunjuk mama baju sukan. Tapi yang palinh kami hepi sebab tengok babah dah balik dari Manila. Kami terus terkam dan peluk babah, rasa rindu sangat. Babah beli baju baju dan keychain jer sebab xde masa nak jalan-jalan.

Babah cerita kat Manila ramai betul budak2 minta sedekah. Kalau bagi kat sorang abisla yang lain pon akan datang minta duit jugak, dan diaorang takkan pergi sampai dapat duit. Senangnya jangan bagi langsung. Rumah diaorang buat guna kotak dan kayu buruk je. Mama cakap pernah keluar kat tv3 dulu diaorang kutip sisa ayam kfc kat dalam tong sampah, past basuh dan di goreng semula, dan diaorang makan, ewww geli rasa tekak. Babah cakap nak jalan2 kat sana pon susah jugak sebab rasa tak selamat. Jadi dok hotel jelah. Kesian babah kena makan megi empat hari. Lunch je dapat makan makanan mamak.

Bertuah betul kita ni dok malaysia, sebab w/pon macam2 kes kat tv, tapi masih rasa selamat nak kemana-mana. Dekat Manila guard kat Mcdonald pon pakai senapang, dan sape2 nak masuk shopping kena check ngan scanner. Kalau waktu malam lagi la  selamat.

Jadi, sila lah rasa diri anda bertuah kerana  tinggal Malaysia yang aman damai nih dan rajinkan diri anda kesekolah .

No comments:

Post a Comment